Saturday, March 26, 2011

UNEXPECTED DAY...

Kenapakah di namakan Unexpected Day?
erm,hari sabtu yang lepas, ingat nak tidur umah kwn untuk buat assignment (projek group).tapi bila dah bersama kwn,lain pulak cetenya.macam biasala,kadang2 perkara yang tidak dirancang berlaku dengan tiba2..pagi sabtu pergi makan sarapan yang diidamkan iaitu McD..menunya SAUSAGE MCMUFFIN with EGG..Hash Browns yg sedap dan Coffee yg pahit dan sedap..ingat nak belanja Aifa dan Tim.tp aifa x ada.belanja Tim je..banyak jasa mereka dua.selalu melayan aku dengan baik bila tidur umh mereka.niatku ikhlas nak belanja mereka..selepas mkn mcd, kiteorng pergi mencari eksesori untuk dinner.sebenarnya aku dah lama x membelanja diriku.walaupun duit banyak habis pada makanan,tapi dah lama x beli kasut untuk g kuliah.akhirnya beli jugak..selepas makan tengahari,kami beramai2 tiba2 sehati sejiwa nak mandi air terjun di Sagil,Gunung Ledang.Akhirnya,pergi jugak aku kesitu setelah lama mengidam nak mandi disitu..selepas mandi kami makan Mee bandung yang sangat sedap di segamat..alhamdulillah,aku sgt seronok dalam satu hari yang tidak disangka2 apa yang aku ingin buat telah dilakukan dalam satu hari.memang Unexpected Day.cuma aku amat mengharapkan keredhaan dari Ilahi bukan semata mata keseronokan.tp yg x brape sedap,duit habis mencurah2 dalam satu hari..lepas ni memang kene berjimat cermat..=)

Monday, March 21, 2011

HOME SWEET HOME...

Alhamdulillah..selepas sebulan x blk, akhirnya blk jgk kamis lepas.betapa rindunya nk jumpe mama,papa n family tersayang..memang dari dulu waktu duk asrama di KL selalu blk umh..x boleh berjauhan ngn family..hari kamis lepas, blk je umh mama surprise ngn kek Secret Recipe..beznya puas mkn satu kek yg besor.sebenarnye tu kek bufday mama tersayang..yg dapat ku beri pd mama hanyalah dgn membantu buat kerja umh, mengurut kaki mama, pakaikan detox and menyenangkan hati mama..semalam pula pergi menghantar adik ke SMKA Pedas..seronoknya tgk ika pakai tudung labuh and pakaian yg sgt tutup.dari dulu itulah style yg aku idam2 kan..kalaula dulu dapat masuk sek agama..mesti skrg dh fly ke negara arab.huhu..xpe..sume yg berlaku adalah ketentuan Ilahi..setiap yg berlaku adalah yg terbaik buat diri..=)

Monday, March 14, 2011

'INNER OF THE BEAUTY'...

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.
Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.Kenapa?
Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."

Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.
Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu.
Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya.
Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti

Ciri Pemimpin Mengikut Islam..

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara.
Oleh kerana itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:
“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. “ (An Nisaa 4:138-139)“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagiaa yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada oarng-orang yang zalim ” (QS. Al-Maidah: 51)
“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang2 yang zalim” (At Taubah:23)
“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang2 kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (An Nisaa:144)
“Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)
Selain beriman, seorang pemimpin juga harus adil:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):

1. Imam/pemimpin yang adil
2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah
3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid
4. Dua orang yang bercinta-cintaan karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah pun karena Allah
5. Seorang lelaki yang diajak (berbuat serong) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”
6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahasia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya
7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Petua Menyucikan Hati..

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

* Petua oleh Dr Fadhilah Kamsah

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya..

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

LIMA MINIT..

Seorang ayah menemani anaknya bermain-main di taman. Ketika waktu pulang sudah tiba, sang ayah memanggil putranya untuk segera pulang. Namun si anak meminta tambahan waktu lima menit lagi untuk bermain. Si ayah mengabulkannya. Lima menit kemudian, si ayah memanggil anaknya lagi dan mengajaknya segera pergi. Si anak kembali meminta waktu lima menit lagi yang dijanjikan sebagai lima menit terakhir. Si ayah dengan penuh kasih sayangnya mengabulkannya lagi.

kenapa ayah tadi selalu mengabulkan permohonan si anak, ya...karena Apa yang dilakukan si ayah sebenarnya itu untuk memenuhi rasa bersalahnya. Anaknya yang terdahulu telah pergi untuk selamanya dan ia merasa bersalah karena tak pernah memerhatikannya akibat sibuk dengan pekerjaannya. Kini ia berjanji, apapun yang diminta anak terakhirnya akan ia kabulkan karena ia tak mau kehilangan lagi.

Tambahan waktu lima menit yang diminta anaknya itu sesungguhnya bukan si anak yang meminta waktu kepadanya, justru si anak sedang memberi tambahan waktu kepadanya (ayah) untuk menikmati kegembiraan bersama.

Karena itu, sesibuk apapun kita, jangan sia-siakan untuk memberi waktu juga bagi keluarga, karena selama ini kita berjuang untuk mereka...LIMA MINIT...

Sunday, March 13, 2011

Caffeine good or bad...??

Caffeine is a drug, popularly consumed in coffee, tea, soft drinks and, in smaller doses, chocolate. While we seem to have a love affair with these products, there’s been quite a bit of confusion and even controversy surrounding caffeine lately. Is it good or bad for us? Here’s a brief tutorial on caffeine, and some surprising answers to these questions.

Effects on the Body:

  • Hormones- You can feel the effects of caffeine in your system within a few minutes of ingesting it, and it stays on your system for many hours—it has a half-life of four to six hours in your body. While in your body, caffeine affects the following hormones:
  • Adenosine- Can inhibit absorption of adenosine, which calms the body, which can make you feel alert in the short run, but can cause sleep problems later. (More on this below.)
  • Adrenaline- Caffeine injects adrenaline into your system, giving you a temporary boost, but possibly making you fatigued and depressed later. If you take more caffeine to counteract these effects, you end up spending the day in an agitated state, and might find yourself jumpy and edgy by night.
  • Cortisol- Can increase the body’s levels of cortisol, the “stress hormone”, which can lead to other health consequences ranging from weight gain and moodiness to heart disease and diabetes.
  • Dopamine- Caffeine increases dopamine levels in your system, acting in a way similar to amphetamines, which can make you feel good after taking it, but after it wears off you can feel ‘low’. It can also lead to a physical dependence because of dopamine manipulation
* But i love to drink cappucino,nescafe,mocha and others that relate with caffeine..that are my favorite drink although i know the consequences..erm, hope i can take care my health properly..

Friday, March 11, 2011

I Love Secret Recipe..


Semalam bersamaan 11 mac, kami (deela,fiza,ainoor,lia,jamie n mirah) bersama2 rakan2 Isb yg lain(Irqin,kak ecah,syira n ika) bergabung tenaga utk menunaikan hasrat masing2 iaitu..mkn kek secret recipe di Juara ikan bako..huhu..erm,seronok bile kite mengembangkan lagi hubungan ngn kwn2..dpt eratkan silaturrahim..semua gembira termasuklah aku..yg peliknya,semua pun 'love' mkn kek secret recipe..ade yg beli chocolate indulgence, butterscotch, strawberry,dan aku beli chocolate cheese..erm,mula2 rs jgk betul ke ni nk bli sbb tkut kalu ianya membazir dn ikut nafsu..tp bila kenang blk,dh lma x mkn,lgpun jarang kuar mkn ngn kwn2..hrp ikatan ant kami x putus w'pun dorng semua dh sem last skrg dan aku msh ada 1 sem lg..mgkn sem dpn sunyi skit kehidupanku..xpela,yg penting study kene fokus and x nk hampakan harapan mama,papa,baam,myra n adik2..bile ckp psl family,aku RINDU sgt nk blk..dh sebulan x blk..mama pun dh rindu nk diurut oleh ku..huhu..tunggu ye ma..i'm coming next week..insyallah..=)

Wednesday, March 9, 2011

SAHIBAHKU...


Adakah teman,sahabat,kawan mempunyai perbezaan maksud?bagiku ada..sepanjang kehidupanku, aku pernah berjumpa dan bersama dgn sahabat,kawan dan teman..
kawan : kawan2 yg dari sekolah ren dan men..
sahabat : org2 yg selalu aku kagum dgn sifat yg tersendri yg aku teringin ikuti seperti sifat2 mahmudah yg dapat mendekatkan diri dgn Allah.
teman : org yg pernah rapat dgnku..kongsi segala suka dan duka..
Aku selalu merindui sahabatku di Kolej Teknologi Darulnaim..aku lebih suka menyebut sahibah..mereka adlah sahabat yg selalu mengingatkanku cara hidup islam yg sebenar dan aku sering tenang apabila bersama mereka..Apabila diriku terasa jauh dan kadang kala tersasar,aku sering mengingati mereka yg pernah menegurku dan membimbingku.. walaupun skrg masing2 mempunyai halatuju yg berbeza namun ukhwah x pernah mati dan kami saling mendoakan ant satu sama lain.. Dalam kehidupan ini,kawan,sahabat dan teman memainkan peranan penting untuk membimbing diri kita ke jln yg benar.Jika kite salah memilih kwn,maka rosakla kite..Oleh itu,kite perlu saling ingat mengingati dalam bersahabat..

Wonderful Event..!

Tanggal 5 & 6 mac,berlangsungnya program yg dinanti2..fasi2 semua teruja utk mendidik adik2 disek menjadi pemimpin yg betui2 memimpin dan berani kehadapan..kami bertungkus lumus menjayakan setiap LDK..byk yg menarik hatiku sepanjang melaksanakan program..antaranya main sifir siput, bom kump, kumpul brg2, sukan main terompah gergasi,tarik tali dan senam pagi(choki-choki) dan x lupa yg plg mencuit hati bile night walk..rs nk gelak terguling2..hihi..erm,setiap slot mempunyai pengisian tersendiri..bkn saje2..seronoknya bersma ngn adik2..bile lg ye nk dapat pengalaman mcm ni lg..sgala usha,penat lelah dan kegembiraan para fasi amat2 lah dihargai dan x terbalas..hanya Allah mampu menilai segala usha para fasi..muga ukhwah antara fasi dan student akan berkekalan selamanya..Walaupun byk yg perlu diperbaiki,tp yg penting sume seronok dalam mendidik diri dan adik2 di sekolah..GO MARKETEERS..!

Setiap kepayahan perlu ada kekuatan Luar Biasa..

Pada 2,3 minggu yg lepas, diriku merasakan seperti pertama kali dlm hidup 'planning,implement,and arrange' satu program or event yg agk besar iaitu kem motivasi peljar sek men..baru ku tahu betapa susahnye nk handle program.bila nk bagi2 tugas,ku takut kalu2 rakan2 yg lain terasa beban,jd biar diri ni je rs beban tu..pengalaman byk mengajar diri..pengalaman berurusan dgn HEP,Unit korporat,unit pengurusan kualiti,bendahari Uitm,pihak sekolah dan yg paling penting dgn para pensyarah..terlalu byk harapan yg ku letakkan pd program ni..sampai satu thp diri terasa terlalu lemah krn mkn dan tido x terjaga sgt dan sering keletihan..tp bila teringt semula tanggungjawab yg ku pikul,gagahkan jua hati dan jasad..setiap kali selesai solat,diri terasa begitu lemah dan kerdil sambil berdoa menitik jua air mata apbila merasakan hanya Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan..'Aku amat mengharapkan agar program motivasi ini berjalan dgn lancar dgn RedhaNya...'..Alhmdulillah,berkat usha dan pertolongan rakan2 juga, dapat membantu diriku serba sedikit walaupun masih terdapat ujian dan cubaan yg dtg silih berganti..spt,fasilitator yg x mencukupi,tentatif yg perlu diubahsuai last minit,preparation yg x terurus,berurusan dgn pihak sek yg perlukan kesabaran dan pelbagai lagi..Muga segala yg ku lalui akn menjadi pengalamn dan motivasi buat diriku sendiri dan rakan2..