Saturday, July 9, 2011

'Handphone oh handphone'...

Alhamdulillah,berpeluang lg untuk menulis blog atau dikenali juga sebagai bicaraku..em,tiba2 teringat kenangan pahit apabila ditanya oleh seorang rakan,'deela,kenapa asik tukar no tepon je..'em,kenangan yg pahit itu adalah kehilangan handphone buat kali kedua.sebelum ini hp ku pernah dicuri di Kfc di Ampang.kali ini juga dicuri di TBS.semua ini adalah ujian dan pengajaran buat diriku.pengajarannya adalah jangan mudah mempercayai orang walaupun seseorang itu kelihatan baik dan cantik.perkara ini terjadi ketika diriku ingin pulang ke uitm segamat.diterminal bas TBS aku didatangi seorang perempuan yang cantik dan kelihatan baik.tp sangkaan ku meleset.setelah kami berkenalan nama,umur,asal dan bermacam-macam lg,dia tiba2 kehabisan bateri hp.katanya dia amat memerlukan hp utk membuat panggilan kpd rakannya.aku sgt kasihan kannya dan justeru memberi pinjam hp ku.tp menggunakn simcardnya sendiri.Setelah itu,dia mengajakku solat dan aku memberitahunya nk ke tandas sebentar.dia juga memberitahuku yg dia akan menungguku di surau.tetapi setelah aku ke surau dia sudah hilang.penat aku menunggu dan mencarinya,tp kelibatnya tidak ku lihat.Akhirnya aku pasrah dan aku terus menaiki bas menuju ke segamat.Didalam bas,aku menitiskan air mata kerana mengenangkan hp itu adalah pemberian abangku kpdku..semua ini ada hikmahnya.mg ianya menjadi pengajaran buat diriku dan setiap org.'Dont judge a book by its cover'

No comments:

Post a Comment