Tuesday, January 25, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN..

Semua ini bukanlah untuk menakut-nakuti....melainkan hanya sekedar untuk renungan ,Tanda-Tanda Saat Kematian

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh

dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu

mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

KAKTUS PERSAHABATAN

Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu

Dengan pesanan: ia mudah hidup

Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas

Ia tetap akan besar dan bercambah

Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah

Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini

Tahulah aku, kau sayang padanya

Kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu

Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian

Berilah ia pasu baru bila waktu

Ia akan remaja dan dewasa

Tajam durinya lambang kemurnian hatimu

Sahabat

Jika kaktus itu aku

Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu

Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu

Lalu tidak lagi kurasakan sentuhan

Yang tinggal mungkinlah perhatian

Yang menjadi baja menyuburkan ingatan

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”

NIAT YANG BAIK..INSYAALLAH BERJAYA..

Pada zaman sahabat nabi s.a.w... Ada seorang manusia yang gemar membunuh. Sepanjang hidupnya, beliau telah membunuh hampir 99 orang manusia. Akan tetapi, pada suatu hari, beliau ingin bertaubat.....


Lalu beliau berjumpa dengan seorang alim, lalu meminta pandangan daripadanya..... Kata pemuda tersebut, " Aku telah membunuh hampir 100 orang, jikalau aku bertaubat, apakah allah akan menerimanya??"

Maka jawablah alim tadi, " Bertaubahlah engkau, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha pengasih terhadap hambanya".

Lalu pemuda tersebut pergi menuju ke sebuah masjid berdekatan. Sebelum sampai ke sebuah masjid tersebut, terdapat 2 simpang yang mana jalan ke kiri menuju ke lembah maksiat, dan jalan ke kanan menuju ke masjid... Dalam hati pemuda tersebut masih ada lagi rasa ingin membunuh.

Dengan kuasa Allah taala, pemuda tersebut meninggal dunia di pertengahan simpang.... Lalu turunlah malaikat Yang menjaga syurga dan neraka iaitu malaikat RIDHWAN dan Malaikat MALIK.

Maka bertengkarlah kedua2nya berebut pemuda tersebut... malaikat Ridhwan mengatakan bahawa pemuda ini dalam keaadan ingin bertaubat tapi dibantah oleh malaikat Malik dengan mengatakan bahawa pemuda tersebut mempunyai niat ingin membunuh.

Maka mereka pun berjumpa dengan Allah taala, lalu Allah Taala berfirman, Kamu lihatlah kawasan manakah yang paling hampir ketika pemuda itu meninggal dunia?

Lalu turunlah kembali malaikat tadi melihat kedudukan jenazah mayat tadi, lalu terbukti bahawa pemuda itu meninggal berdekatan dengan masjid, maka firman Allah, masukkanlah ia ke syurga.....

HyPerHidrosis???

Every day, the human body perspires to maintain constant internal body temperature. Perspiration is regulated by the Sympathetic Nervous System, which controls about five million sweat glands in the body. Sweating is controlled by branches of the sympathetic chain that is located within the chest cavity.Hyperhydrosis is a medical condition that causes perspiration far greater than the physiological needs of the body. Although no one knows why some individuals sweat excessively, it is known that the sweating is controlled by the sympathetic nervous system. Excessive sweating may be episodic or continuous.

You are about to go on a job interview, or to meet someone new and you notice that your hands and underarms are sweating. Or, you’ve just completed an aerobic workout and your whole body is soaked in sweat. Your body (Sympathetic Nervous System) naturally secretes sweat to cool down the body. But, in some cases, up to 1% of the population has excessive sweating where the body (Sympathetic Nervous System) overworks to cool down the internal body temperature. The condition is known as hyperhidrosis.

Symptoms of hyperhidrosis

Having palmer hyperhidrosis, axillary hyperhidrosis, plantar hyperhidrosis, and/or facial hyperhidosis is a profound and dramatic experience. It affects all aspects of life, including work and related professional activities, the activities of daily living and normal, interpersonal social actions.

Sweaty hands can occur while meeting someone for the first time, through nervousness or emotional distress. Even rubbing on a small amount of lotion can trigger palmar hyperhidrosis.

In severe palmer hyperhidrosis cases, sweat is seen to drip literally down from the hands. This is a condition which can be detected in early childhood. Patients with palmar hyperhidrosis disorder are constantly aware of their condition and think they have to live with it. Usually, the sweating of the hands is the most distressing manifestation of primary hyperhidrosis. The amount of sweating varies from moisture to actual dripping. Many patients report, also, that their hands feel cold and clammy.

Because hands are exposed in social and professional settings, many patients with Hyperhidrosis are self-conscious and may avoid social contact. They may be reluctant to shake hands or handle paperwork. Patients have even been embarrassed to hold the hands of those they love.

Actually, i have hyperhidrosis..but it is not too serius..=)

Monday, January 24, 2011

Ciri-ciri wanita syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sunday, January 23, 2011

Kelebihan senyum..

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

saat tercetusnya kesedaran

Kolej Teknologi Darulnaim merupakan kolej yg melahirkan pelajar2 yg bkn shj berjaya dalam akademik,malah dalam sahsiah juga... Saat dirinya kecewa dengan keputusan SPM dahulu, dia msh meneruskan pembelajarannya dengan memasuki tingkatan 6 di High School. Satu hari ibunya meminta dirinya untuk membuat satu keputusan samada meneruskan ting 6 atau mengambil Diploma di slh satu kolej swasta yg ditawarkan. Fikirannya buntu utk membuat keputusan,lalu dia melakukan solat istikharah. Walaupun petunjuk dariNya kurang jelas utk dia fahami tetapi dia telah membuat keputusan utk menyambung pelajaran dalam diploma bidang pengurusan teknologi.Dia msh tertanya2 samada keputusan itu adalah yg terbaik atau tidak.Selepas beberapa minggu dia di kolej itu,dia mendapati hatinya cukup tenang belajar disitu.Dia amat bersyukur krn Allah memberinya sahabat2 yg dpt membimbing dirinya utk lbh dekat kpdNya.Dia byk belajar dr segi pengalaman dlm aktiviti dan pembelajaran.Terlalu byk pengalaman manis yg tidak dapat dilupakan sepanjang dia disana.Saat tercetusnya kesedaran adalah saat apabila sifat malu semakin menebal.Malu dengan penciptanya ats segala dosa yg pernah dilakukannya dahulu.Moga sifat malu ini terus menerpa dalam hidupnya...INTERNAL EVOLUTION merupakan blog yg akn berkongsi tentang perubahan dalaman dlm diri setiap insan. Dan juga utk berkongsi apa saja maklumat semasa.